Perempuan Pencari Nafkah di Akhir Zaman
Oleh Admin, 19 Apr 2026
Kehidupan ini tidak seringkas yang orang lihat, bukan?
Kau… wanita cekal yang membesarkan anak seorang diri.
Kau… gadis bujang yang berjuang di kota penuh cabaran.
Kau… perempuan pencari nafkah di akhir zaman.
Tulisan ini buat kamu;
Yang saban hari dan malam, diam-diam menelan penat, menahan air mata, dan terus kuat walau tiada siapa benar-benar faham beban di bahu.
Dalam dunia hari ini, ada wanita yang terpaksa keluar mencari rezeki kerana keadaan yang mendesak bukan pilihan, tetapi tuntutan kehidupan. Namun Islam tidak pernah menzalimi, bahkan memberi ruang… dengan syarat maruah, kehormatan dan batas syarak tetap dijaga.
Dan luruskan niat…
Bukan sekadar mencari rezeki, tetapi untuk membantu keluarga, meringankan beban ibu ayah, menyokong suami, membesarkan anak-anak dengan rezeki yang halal.
Niat yang betul akan mengubah penat menjadi pahala.
Niat yang ikhlas akan menjadikan setiap langkah bernilai ibadah.
Rasulullah ? bersabda:
“Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat.”
(HR. Bukhari & Muslim)
Kadang bukan kau ingin keluar bekerja…
Tapi keadaan yang memaksa kau untuk kuat.
Namun ingat, walau sekuat mana pun kau berdiri
Jangan sampai lupa siapa tempat bergantung.
Bekerja itu dibolehkan… tetapi ada batasnya:
*Menutup aurat dengan sempurna > longgar, tidak menampakkan bentuk.
*Menjaga pergaulan > elakkan ikhtilat bebas.
*Menjaga pandangan dan percakapan.
*Tidak berdua-duaan (khalwat) dengan lelaki
ajnabi.
*Tidak melalaikan tanggungjawab utama.
*Mendapat izin wali atau suami (bagi yang berkahwin).
*Memastikan pekerjaan itu halal.
*Jika mampu, memilih pekerjaan secara atas talian (online) adalah lebih baik kerana lebih terpelihara daripada fitnah dan lebih terjaga batas pergaulan dan mudah untuk solat.
Allah tidak pernah buta melihat lelahmu.
Tidak pernah tuli mendengar doamu.
Setiap langkahmu mencari rezeki yang halal… itu ibadah.
Setiap ringgit yang kau bawa pulang untuk keluarga… itu sedekah.
Semoga tulisan ini bermanfaat untuk pejuang rupiah demi menjalankan hidup sesuai syariat, aamiiin
Artikel Terkait
Artikel Lainnya